KUALA LUMPUR – Isteri Aliff Aziz, Bella Astillah bersedia untuk teruskan hidup sendiri tanpa suami gara-gara kemelut rumah tangga mereka yang memberi kesan mendalam kepada fizikal dan mentalnya.

Menerusi status di Instagramnya, Bella berkata, tidak mudah untuk dia mengambil keputusan itu namun berharap semua pihak menghormati dan memberinya ruang melalui situasi mencabar itu.

“Saya sudah membuat keputusan untuk teruskan hidup tanpa Aliff. Sekalipun saya ingin memperbaiki, semua itu dilakukan demi anak saya,” tulisnya.

Bella turut memohon orang ramai supaya berhenti menghantar mesej peribadi atau menghubunginya untuk bertanya mengenai rumah tangganya.

Kakak kepada penyanyi, Didi Astillah itu bagaimanapun, berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan memberikan pandangan mereka terhadap isu perkahwinannya.

“Ia bukan perkara yang mudah untuk dilalui, tetapi saya tahu ada yang berniat baik dan ada juga berniat buruk apabila menganggap saya sebagai manusia paling bodoh apabila terus mempertahankan perkahwinan yang sudah hancur.

“Saya turut memohon orang ramai berhenti menghantar mesej peribadi dan menghubungi saya untuk terus bercakap serta membuat spekulasi mengenai isu ini.

“Saya akan meneruskan kehidupan ini dengan askar kecil saya (anak). Terima kasih atas sokongan yang diberikan terutama keluarga saya,” katanya.

Semalam Aliff Aziz kembali berdepan kontroversi apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.

Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Sebelum ini, Aliff pernah dihimpit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah.

Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, pada Februari lalu.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang putera, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast