Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman menggunakan kerusi roda sewaktu melakukan kerja-kerja menyiapkan kuih dan biskut raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.

HULU KLANG – Lumpuh separuh badan tidak menjadi penghalang buat seorang wanita kelainan upaya (OKU) menggapai cita-citanya menjadi usahawan biskut dan kuih raya.

Noor Lizah Salman, 52, yang lumpuh sejak usia belasan tahun itu tidak menyangka perniagaan kecil-kecilan yang bermula dari rumah kini menjadi sumber pendapatan tetap buat dirinya.

“Pada tahun 2013, saya memulakan perniagaan dengan menghasilkan dua jenis biskut sahaja iaitu semperit dan tat nenas. Pengalaman berniaga ketika itu agak perit kerana saya tidak berapa mahir selok-belok dalam dunia perniagaan.

“Bila sudah mula bertambah, barulah terasa bersemangat untuk meneruskan perniagaan serta menambah jenis-jenis biskut yang dijual,” kata pemilik kedai Bonda Liezda yang terletak di Keramat Mall itu.

Tambah Noor Lizah yang memenangi pingat emas bagi acara tenpin bowling di Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017, selain menghasilkan pelbagai jenis biskut raya, dia turut mengambil tempahan membuat hamper serta cenderahati perkahwinan.

Jelas Noor Lizah lagi, dia juga bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada suami serta anak-anak sepanjang mengusahakan jualan biskut raya itu.

“Menjelang musim Hari Raya Aidilfitri, banyak tempahan yang diterima sehingga tidak menang tangan dibuatnya. Selain dibantu pekerja, suami serta anak turut sama menyiapkan biskut serta kuih yang dipesan oleh pelanggan,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kuih dan biskut raya dari kedai Bonda Liezda bolehla menghubungi talian 013-3464622 ataupun melayari laman facebook Bonda Liedza.

MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH01
Pengusaha biskut dan kuih raya Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman dilihat sibuk menyiapkan tempahan biskut raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH07
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman (kiri) sempat meluangkan sedikit masa dengan mengajar salah seorang pekerjanya cara membuat biskut raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH15
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman (kanan) melayan salah seorang pelanggan yang hadir untuk membelil biskut raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH02
Pengusaha biskut dan kuih raya Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman dilihat sibuk menyiapkan tempahan biskut raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH04
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman menyusun biskut raya yang telah siap dibuat sebelum dimasak menggunakan ketuhar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH08
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman memasukan biskut raya yang telah siap dimasak kedalam bekas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH09
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman memasukan biskut raya yang telah siap dimasak kedalam bekas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH10
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman memasukan biskut raya yang hendak dimasak ke dalam ketuhar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH18
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noorlizah Salman menyusun biskut raya yang telah siap dibuat sebelum dimasak menggunakan ketuhar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH12
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman melekatkan pelekat pada setiap bekas kuih rayanya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH19
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman menyusun bekas yang berisi biskut raya mengikut jenis ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.
MGF20052019_ATLET PARA PENIAGA KUIH13
Pengusaha biskut raya jenama Bonda Liezda yang juga atlet paralimpik negara, Noor Lizah Salman bergambar dihadapan kedainya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Keramat Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 MEI 2019.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast