David De Gea

ENGLAND – David de Gea menolak tawaran akhir kontrak lumayan Manchester United.

Tindakan mengejut penjaga gol utama itu mengakibatkan the Red Devils kini dalam keadaan tertekan untuk menjual bintang antarabangsa Sepanyol itu.

de Gea berpendirian jelas dia tidak bersedia untuk menyambung kontrak menjelang Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan.

ia sekaligus menambah tekanan kepada pemilik kelab paing berjaya di England itu yang tidak mempunyai pilihan lain kecuali melepaskan pemain itu.

United dikatakan gagal memenuhi nilai pasaran berjumlah 350,000 pound seminggu yang diharapkan de Gea tetapi Paris Saint Jermain (PSG) kini bersedia untuk menawarkan pakej itu dalam Ligue 1.

PSG dikatakan bersedia membida 60 juta pound terhadap de Gea untuk memaksa Theatre of Dreams melepaskan pemain itu.

Ataupun pemain itu boleh ditandatangani secara percuma apabila kontrak berbaki setahun lagi tamt kelak.

Tindakan de Gea memberi kejutan besar kepada pengurusnya Ole Gunnar Solskjaer yang menyusun strategi untuk membangunkan semula skuad the Red Devils dengan pemain muda dan yang sanggup bermain untuk lencana di dada bukan populariti atau gaji mahal.

de Gea diangkat sebagai pemain terbaik kelab itu selama empat musim yang lalu tetapi prestasinya merosot mendadak musim ini sekaligus meletakkan masa depannya dalam tanda soal.

De Gea juga dikatakan memberitahu rakan sepasukan kelab bahawa peluang tipis untuk dia kekal di Old Trafford meskipun berpeluang memperbaharui kontraknya.

PSG sebelum ini berjaya mengikat Ander Herrera, 29 dengan menawarkan gaji 300,000 pound seminggu walaupun rakan senegara de Gea itu tidak berhajat meninggalkan Old Trafford dan kini dalam kedudukan terbaik untuk memuji de Gea dengan tawaran lumayan.

Status MU yang gagal layak ke kempen Liga Juara Juara Eropah musim hadapan serta kekalahan memalukan 2-0 kepada Cardiff City dalam aksi penutup EPL di OLd TRafford juga dikatakan mempengaruhi tindakan de Gea yang mahu meninggalkan kelab itu. – MalaysiaGazette