KUALA LUMPUR – Warganet mengutuk sikap angkuh seorang lelaki yang berang apabila ditegur oleh pengawal keselamatan kerana membawa seekor anjing di lobi sebuah kondominium di Taman Sungai Besi.
Tindak-tanduk lelaki Cina itu yang kasar dan dianggap biadap itu tular menerusi satu video berdurasi 2.48 minit.
Lebih 7,000 telah berkongsi video tersebut.
Perbuatan lelaki itu membawa anjing tersebut memang dilarang kerana ia adalah undang-undang kondominium berkenaan, selain peraturan undang-undang kerajaan tempatan.
Lelaki berkenaan yang ditegur itu pengawal keselamatan kondominium tersebut bertindak membalas dengan berkata-kata kasar sambil menyoal kembali sama ada anjing tersebut mengigitnya.
Malah, lelaki berkenaan turut memaki dan mendakwa pengawal keselamatan tersebut bodoh dan tidak berotak.
Perbuatan biadap lelaki berkenaan turut disaksikan beberapa orang lain.
Berdasarkan video berkenaan, lelaki tersebut dipercayai mendiami kondomium tersebut.
Walaupun terjerit-jerit memaki-hamun pengawal tersebut tetapi lelaki tersebut beredar sambil membawa anjingnya. – MalaysiaGazette