Marsyila Zakaria bersama 6 orang anaknya bergambar selepas ditemubual mengenai kesempitan hidup mereka menjelang sambutan Aidilfitri di PPR Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Ibu kepada enam anak, Marsyila Zakaria telah diberi bantuan zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, menurut Skuad Jejak Asnaf Baitumal MAIWP yang turun melawat Marsyila sekeluarga tahun lalu berkata, sebanyak RM550 sebulan telah disalurkan kepada keluarga itu termasuk bantuan sewa rumah berjumlah RM124 sebulan.

“Selain Bantuan Susu dan Pampers Untuk maklumat lanjut boleh layari halaman FB Baitulmal MAIWP ketika Skuad Jejak Asnaf mereka hadir melawat keluarga ini pada bulan Ramadan tahun lalu.

“Semoga dengan penjelasan ini netizen dapat menyebarkan info yang tepat,” demikan menurut Facebook Baitulamal MAIWP.

Namun menurut Marsyila yang ditemui MalaysiaGazette minggu lalu berkata, mereka cuma mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia. -MalaysiaGazette