Amanda Lacaze.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Corporation, Amanda Lacaze.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi maklum balas yang baik tentang rancangan Lynas Corp untuk memindahkan proses nadir bumi di luar Asia Tenggara.

Dalam pelan pertumbuhan strategik ke 2025 yang diumumkan Selasa lalu, Lynas berhasrat untuk membina loji pemprosesan nadir bumi di Australia Barat susulan ‘kedudukan politik’ Malaysia.

Lesen Lynas yang perlu diperbaharui pada bulan September ini, kini ‘diancam’ berhubung isu pembuangan sisa.

“Kerajaan telah memberi maklum balas yang baik dengan apa yang kita lihat dari segi membawa keluar sisa pepejal (ke Australia),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze kepada Reuters.

Lynas merupakan satu-satunya pengeluar nadir bumi di luar China, mengatakan ia akan membelanjakan A$ 500 juta (AS$ 346 juta) dalam pelan yang direka untuk meningkatkan pengeluaran, menenangkan pengawal selia Malaysia dan pada masa yang sama membantu Lynas daripada percubaan pengambilalihan bernilai AS$ 1.1 bilion oleh Wesfarmers Australia

Pelan pertumbuhan strategik adalah bergantung kepada Lynas dalam mendapatkan pembaharuan lesen di Malaysia.

Nadir bumi digunakan dalam segalanya dari elektronik pengguna ke peralatan ketenteraan.

Ketika ketegangan perdagangan antara China-Amerika Syarikat, kebimbangan gangguan bekalan nadir bumi boleh juga meningkat.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada April lalu berkata, Lynas atau mana-mana syarikat lain perlu membersihkan bahan mentah yang datang ke Malaysia untuk terus beroperasi di negara ini.

Lacas Lacaze berkata, syarikat itu juga telah mengemukakan cadangan dengan dua pilihan untuk membersihkan sisa semasa di Malaysia, yang memerlukan kelulusan tenaga dan Kementerian Tenaga dan Alam Sekitar.

Lynas berkata, ia boleh menggunakan semula sisa itu dengan memprosesnya menjadi penambah tanah, dan juga menyimpan sisa itu dalam kemudahan pelupusan tetap.

“Kami telah melakukan usaha untuk mengenal pasti bagaimana sisa pepejal boleh digunakan semula. Kami telah berusaha untuk mengenal pasti bagaimana dan di mana kami akan membina kemudahan pelupusan tetap,” katanya. – MalaysiaGazette