KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mahu Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon maaf atas tindakan beliau enggan bersalaman dengan Sultan Johor.
Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, rakyat Johor sama sekali tidak dapat menerima budaya buruk Menteri Besar Kedah itu.
Insiden itu berlaku semasa upacara memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Ahmad Shah di Pekan kelmarin.
“Beliau kelihatan tidak bersalaman dengan baginda Sultan dan terus bersalaman dengan Yang DiPertuan Agong dilihat seolah-olah tidak menghormati Sultan Johor.
“Sikap yang ditunjukkan beliau ini adalah sifat kebudak-budakan dan tidak berakhlak. Apatah lagi beliau seorang Menteri Besar yang melakukan sedemikian rupa,” ujarnya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/24/mukhriz-tak-salam-sultan-johor-tmj/