Messi masih dihantui kekalahan di Anfield dan membidas pihak yang mengkritik jurulatih Barcelona

SEPANYOL – Lionel Messi masih trauma mengenang kekalahan memalukan 4-0 atau agregat 4-3 kepada Liverpool dalam aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah pada April lalu.

Kekalahan itu masih menghauntui pemain itu serta rakan sepasukan yang sedang dalam proses pemulihan.

Pemain Argentina itu menuduh kesemua pemain Barcelona harus bertanggungjawab terhadap kekalahan itu daripada menuding jari ke arah jurulatih pasukan Ernesto Valverde.

Valverde dikritik hebat atas kekalahan itu walaupun berjaya membawa pasukan the Catalans menjulang kejuaraan La Liga dan bakal beraksi dalam perlawanan akhir Piala Copa del Rey.

Jurulatih itu masih berdepa risiko pemecatan pada bila bila masa selepas ini.

Bagaimanapun Messi tampil menyokong jurulatih itu sambil membidas perangai pemain lain dalam pasukan yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas kekalahan itu.

“Saya mahu Valverde meneruskan kejurulatihan di Barcelona musim hadapan, kami julang kejuaraan berganda musim lalu dan kami boleh mengulanginya kali ini,” kata Messi.

Messi secara ikhlas tidak nampak jurulatihnya perlu dipersalahkan ke atas prestasi buruk pemain pasukan di pentas Eropah.

“Dia bukan individu yang harus dikecam atas kekalahan terhadap Liverpool. Kita sebagai pemain yang sebenarnya harus bertanggungjawab ke atas keputusan mengecewakan itu.

“Kita semua sedar apa yang terjadi tahun lepas akan berulang kali ini. Ia boleh berlaku sekali tetapi bukan dua kali berturut turut dan ia tidak boleh diterima kali ini.

“Walaupun dia perlu ambil tanggungjawab, kita sebagai pemain yang menyumbang besar kepada kekalahan itu yang sebenarnya dipersalahkan,” tegasnya lagi.

Messi menyifatkan kekalahan di Anfield senasib yang dilalui musim lalu ketika menentang AS Roma dengan gol jaringan awal dan pantas.

Messi juga mengakui Barcelona gagal membalas serangan laju bertalu-talu yang dilakukan the Kops kendalian Jurgen Klopp di Anfield membawa kepada penyingkiran dair pentas Eropah yang tidak sepatutnya berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast