TOKYO – Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam sekurang-kurangnya 15 orang kanak-kanak di sebuah taman di sini di selatan Tokyo.
Media NHK berkata, setakat ini tidak jelas di punca kejadian dan serangan yang dilakukan pada pagi ini.
Difahamkan dua orang kanak-kanak dan seorang mangsa dewasa tidak sedarkan diri akibat serangan tersebut.
Suspek telah ditahan dan polis telah menemui dua bilah pisau.
Lelaki itu telah menikam dirinya di bahu sebelum ditahan polis. – MalaysiaGazette