BEIJING – Cermin sebuah pesawat penumpang Airbus A380 pecah akibat terkena hujan batu ketika mendarat lapangan terbang.
China Southern Airlines berkata, tiada mangsa yang cedera semasa insiden yang disebabkan ribut petir di ibu negara China, kata syarikat penerbangan itu menerusi akaun Weibo.
Pesawat CZ3101 meninggalkan Guangzhou di wilayah Guangdong pada jam 8.35 pagi.
Ketika mendarat kira-kira jam 11.20 pagi, krew memaklumkan kepada pusat kawalan mengenai kerosakan pada cermin.
“Kami masih boleh melihat di luar. Tetapi cermin telah pecah,” kata anak kapal melalui trek audio yang dikeluarkan oleh portal Thepaper.cn.
Pesawat itu berjaya mendarat dengan selama di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 11.48 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku kepada para penumpang.
Seorang penumpang memberitahu Thepaper bahawa berlaku banyak ribut berbanding kebiasaannya semasa mendarat tetapi anak kapal begitu tenang.
Para penumpang hanya mengetahui kejadian cermin pecah semasa keluar daripada pesawat berkenaan.
Pada bulan Mei lepas, pesawat Sichuan Airlines yang berlepas dari Chongqing ke Tibet membuat pendaratan kecemasan di Chengdu selepas cerminnya pecah.
Juruterbang bersama cedera akibat penyahmampatan bahan letupan dan hampir disedut dari kokpit, kata Chengdu Economic Daily. – MalaysiaGazette