Sebahagian orang ramai yang hadir untuk mengambil bubur bercuma pada Program Bubur Lambuk Malaysia Gazette bersama Masjid Ibnu Khaldun di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk habis diedarkan kepada orang ramai tidak sampai 30 minit di pekarangan Masjid Ibnu Kaldun di Sungai Besi di sini hari ini.

Program agihan ini dilakukan oleh MalaysiaGazette dengan kerjasama Padiberas Nasional Berhad (Bernas)

Timbalan Pengerusi masjid berkenaan, Amran Mamat berkata, pihaknya memuji penglibatan syarikat swasta yang sudi meraikan bulan Ramadan dengan menganjurkan program kebajikan.

Jelas beliau, ini membolehkan program amal dapat dilakukan secara berterusan oleh pihak masjid  menerusi sumbangan dana pihak luar.

MGF28052019_MG+EDAR+BUBUR+LAMBUK02
Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori menyerahkan bubur lambuk kepada orang ramai pada Program Bubur Lambuk Malaysia Gazette bersama Masjid Ibnu Khaldun di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 MEI 2019.

“Kami memulakan proses menyediakan bubur lambuk bermula pukul 7.30 pagi dan selesai dimasak pukul 10 pagi.

“Kemudiaannya proses pembungkusan pula bermula sehingga pukul 12.30 tengah hari,” katanya selepas Program Bubur Lambuk MalaysiaGazette itu.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori dan proses agihan bubur lambuk dilakukan oleh kakitangan portal berita itu.

Mengulas lanjut, Amran turut berkongsi rahsia resepi bubur lambuk Masjid Ibnu Khaldun yang sentiasa ditunggu orang ramai selepas solat Asar sepanjang Ramadan ini.

MGF28052019_MG+EDAR+BUBUR+LAMBUK09
Temubual bersama Timbalan Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun, Amran Mamat pada Program Bubur Lambuk Malaysia Gazette bersama Masjid Jamek Ibnu Khaldun di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 MEI 2019.

Beliau berkata, bubur lambuk itu mempunyai citarasa yang sama seperti bubur lambuk Masjid Kampung Bharu.

Ini kerana ia dimasak oleh bekas tukang masak masjid itu sambil dibantu lima kakitangan lain.

“Setiap bulan Ramadan orang ramai di sini sememangnya menunggu bubur lambuk yang menjadi juadah turun temurun.

“Terima kasih kepada MalaysiaGazette dan Bernas kerana sudi bekerjasama dengan kami dan kami berharap hubungan ini akan terus terjalin pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 30 kilogram beras tajaan Bernas telah digunakan yang dimasak dalam dua periuk besar pada program ini. – MalaysiaGazette

MGF28052019_MG+EDAR+BUBUR+LAMBUK06
Para kakitangan Malaysia Gazette membuat kerja-kerja pengedaran bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk Malaysia Gazette bersama Masjid Ibnu Khaldun di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 MEI 2019.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast