John Bolton. foto Agensi

ABU DHABI – Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) John Bolton berkata, serangan ke atas kapal tangki minyak di luar pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada bulan ini adalah “alat peranti yang hampir pasti dari Iran”.

UAE belum lagi menyalahkan sesiapa kerana sabotaj empat kapal, termasuk dua kapal tanki Arab Saudi, selepas serangan dron di stesen pam minyak di Arab Saudi.

Riyadh menuduh Tehran mengarahkan serangan, yang didakwa dilakukan oleh pergerakan Houthi tetapi Iran menafikan penglibatannya dalam serangan tersebut.

“Saya fikir (serangan tangki) adalah alat peranti yang hampir pasti dari Iran,” kata Bolton kepada wartawan di Abu Dhabi tetapi enggan mengulas mengenai spesifikasi siasatan yang mana turut disertai oleh AS.

Bolton juga berkata, terdapat serangan yang tidak berjaya di Pelabuhan Yanbu di Laut Merah beberapa hari sebelum operasi di luar pantai UAE.

Namun, Arab Saudi belum mengulasnya.

“Kami mengambil semua ini dengan serius.Serangan ini konsisten dengan maklumat ancaman sangat serius yang telah kami peroleh. Ini adalah salah satu sebab kami meningkatkan keupayaan kawalan kami di rantau ini,” katanya.

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran telah meningkat sejak Presiden AS, Donald Trump menarik balik perjanjian nuklear yang ditandatangani dengan kuasa besar lain.

Perjanjian itu dibuat untuk mengekang kegiatan nuklear Tehran.

Pentadbiran Trump telah mengetatkan sekatan ke atas Iran, dengan mensasarkan eksport minyak dan memperkuatkan kehadiran ketenteraannya di Teluk.

AS telah menuduh Republik Iran memberi ancaman kepada pasukan dan kepentingan AS.

Bolton berkata, Amerika Syarikat cuba menjadi “berhemat dan bertanggungjawab” dalam pendekatannya dan memberi penjelasan kepada Iran bahawa program senjata nuklearnya pasti mendapat tindak balas yang sangat kuat dari Amerika Syarikat.

Iran mengatakan bahawa AS terlibat dalam peperangan psikologi dan negara itu tidak akan tertipu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast