SHANGHAI (Reuters) – Bank Pusat China akan menyuntik 270 bilion yuan (AS$39.09 bilion) menerusi perjanjian pembelian semula bon terbalik tujuh hari pada Rabu.
Dalam asas bersih, People’s Bank of China (PBOC) akan menyuntik 250 bilion yuan ke dalam pasaran untuk beberapa hari berikutan bon bernilai 20 bilion yun dijadualkan tamat tempoh hari ini.
Jumlah suntikan tunai bersih harian melalui operasi pembelian terbalik itu merupakan yang terbesar sejak 17 Januari 2019.
Suntikan besar dana baharu oleh PBOC itu dibuat selepas peningkatan kadar wang antara bank yang sebahagiannya menunjukkan kebimbangan terhadap tindakan pengawal selia mengambil alih bank serantau yang bermasalah.
Tindakan tersebut mungkin menyebabkan keupayaan bank-bank kecil untuk mendapatkan pembiayaan antara bank semakin sukar.
PBOC telah menyuntik 400 bilion yuan bersih setakat ini.- MalaysiaGazette