BUDAPEST – Tujuh pelancong Korea Selatan maut dan 21 orang lagi hilang selepas bot yang dinaiki tenggelam di Sungai Danube di ibu negara Hungary.
Ketika kejadian seramai 30 pelancong Korea Selatan dan tiga pemandu pelancong, serta dua kru warga Hungary, berada di dalam bot pelancongan yang bertembung dengan sebuah kapal.
Insiden itu berlaku selepas jam 21:00 waktu tempatan (19:00 GMT) pada hari Rabu.
Tujuh mangsa sudah diselamatkan dan operasi besar-besaran yang dilancarkan dalam hujan lebat.
Hujan telah membawa kepada arus kuat di Sungai Danube.
Pasukan penyelamat mengatakan ada sedikit harapan untuk mencari mangsa yang selamat.
Siasatan kejadian itu sedang dijalankan.
Bot yang tenggelam berhampiran bangunan Parlimen di pusat Budapest telah dikenal pasti sebagai Hableany, atau Mermaid.
Rakaman CCTV menunjukkan dua kapal (mengelilingi) hanya beberapa minit sebelum perlanggaran.
Hableany mempunyai dua dek dan berkapasiti 45 orang digunakan untuk lawatan bersiar-siar.
Rakaman CCTV menunjukkan Hableany dan kapal yang lebih besar berlanggar berhampiran Jambatan Margit (Margaret).
Sesetengah laporan mencadangkan bahawa Hableany dilanggar dari belakang. – MalaysiaGazette