Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan sambil diiringi Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Sureson Krisnaasamy (dua kiri). Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid (kanan) dan Timbalan Eksekutif Kewangan dan Khidmat Sokongan, Azhar Ahmad (kiri) meluangkan masa beramah mesra dengan penerima-penerima sumbangan akaun PTPTN dari Rumah Kasih Nurul Hasanah pada Majlis Iftar PTPTN Bersama Media Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Ibu bapa disaran supaya memberikan pandangan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya badan pinjaman pendidikan itu dapat mendengar suara mereka.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, pada masa ini agensi pemberi pinjaman itu hanya mendengar rintihan yang disuarakan oleh peminjam sahaja dan bukannya daripada golongan sasaran.

Katanya, langkah itu boleh dilakukan dengan melayari laman web PTPTN yang setakat ini telah dilayari lebih 160,000 orang.

“Saya jemput sangat-sangat ibu bapa yang ada anak di sekolah, yang ada anak-anak yang mungkin akan meminjam pada tahun depan atau ibu bapa yang ada anak-anak yang akan meminjam 10 tahun lagi.

“Inilah masa untuk mereka beri pandangan sebab apa yang berlaku sekarang akan ada kesan kepada kemampuan mereka menghantar anak ke universiti pada masa akan datang.

“Kita kena pastikan masa depan anak-anak ini terjaga dan sekaranglah masanya untuk ibu bapa bersuara.

“Sebab itu saya harap kalau PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru), persatuan penduduk setempat diseluruh Malaysia. Gunalah semua saluran-saluran yang boleh digunakan untuk mengumpul pandangan kepada masyarakat setempat dan seterusnya beri makluman kepada kita,” katanya.

MGF30052019_MAJLIS IFTAR PTPTN BERSAMA MEDIA11
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan bersama penerima sumbangan pembukaan akaun PTPTN dari Rumah Kasih Nurul Hasanah pada Majlus Iftar PTPTN Bersama Media Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2019

Beliau berdemikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Iftar Bersama Media dan Anak Yatim di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis berkenaan, Wan Saiful berkata, isu PTPTN merupakan satu perkara yang melibatkan kepentingan nasional dan setiap tindakan memberi kesan kepada pelbagai pihak.

Katanya, setakat ini mereka yang selalu bersuara kebanyakannya adalah kalangan peminjam dan PTPTN mahu menarik perhatian semua pihak lain agar turut sama memberi pandangan dalam konsultasi itu.

Tambahnya, PTPTN juga dapat mendengar suara dan pandangan daripada kumpulan yang lain seperti pelajar yang belum memasuki IPT tetapi mahu memasuki IPT satu hari nanti.

Katanya lagi, PTPTN dari segi realitinya menggunakan model yang sama seperti kerajaan terdahulu iaitu pinjam dan memberi penjam.

“Justeru, ibu bapa boleh memberikan idea dan pandanganmasing-masing di portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my/kertaskonsultasi-rakyat yang akan berakhir pada 13 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast