KUALA LUMPUR – Sesi Town Hall Kementerian Kesihatan pada 11 Jun ini yang dibuka kepada pengamal perubatan am swasta akan disiarkan secara langsung melalui Facebook kementerian tersebut.
Ini kerana, ramai pengamal perubatan am swasta lain yang berminat tetapi tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut atau telah gagal mengemukakan pendaftaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, seramai 1,153 orang pengamal perubatan am swasta dari seluruh negara telah mendaftar untuk menyertai sesi Town Hall tersebut sejak pendaftaran itu telah dibuka dari 20 Mei hingga 27 Mei lalu.
Penganjuran Town Hall itu akan diadakan di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
“Kementerian mengambil maklum bahawa ramai pengamal perubatan am swasta lain yang berminat tetapi tidak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut atau telah gagal mengemukakan pendaftaran dalam tempoh yang telah ditetapkan.
“Sehubungan itu, bagi manfaat semua, Kementerian bercadang untuk menyiarkan sesi ini secara langsung melalui portal Facebook rasmi Kementerian.
“Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa Majlis Perubatan Malaysia akan membuka kaunter pembaharuan sijil amalan tahunan di luar dewan, sebelum sesi town hall tersebut bermula,” katanya.
Maklumat lanjut berkenaan program ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan beharap penganjuran sesi seperti ini akan berjaya mencapai matlamatnya, selaras dengan visi untuk memperkukuhkan kerjasama awam-swasta. – MalaysuaGazette