Kim Hyok Chol. foto Agensi

SEOUL – Korea Utara melaksanakan hukuman mati ke atas bekas wakil tertinggi ke Amerika Syarikat bersama empat pegawai kementerian luar pada bulan Mac lalu.

Mereka merupakan pihak yang terlibat dalam rundingan semula bagi sidang kemuncak antara Kim Jong un dan Donald Trump di Hanoi, Vietnam.

Tindakan itu sebagai hukuman kegagalan sidang kemuncak itu, lapor Chosun Ilbo.

Kim Hyok Chol, yang mengetuai rundingan peringkat kerja untuk sidang kemuncak pada Februari di Hanoi, telah ditembak oleh skuad penembak selepas dituduh menjadi pengintip Amerika Syarikat (AS) kata akhbar itu yang memetik sumber yang tidak dikenali.

Tindakan keras itu adalah sebahagian daripada pembersihan dalaman oleh Kim selepas sidang kemuncak itu gagal tanpa mencapai sebarang perjanjian, katanya.

Spekulasi tentang nasib Hyok Chol dilaporkan berbulan-bulan tetapi namanya tidak pernah disebut dalam laporan media.

Perbincangan antara AS dan Korea Utara tergantung sejak sidang kemuncak itu tanpa ada sebarang perancang baharu.

Utusan pentadbiran Trump ke Korea Utara dan rakan sejawat Hyok Chol, Stephen Biegun merancang untuk bertemu dengan perunding Jepun dan Korea Selatan minggu ini di Singapura.

Akhbar Seoul pula melaporkan pembantu kanan pemimpin tertinggi Pyongyang itu, Kim Yong Chol pula dilaporkan dikenakan hukuman kerja berat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast