Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 400 keluarga dalam golongan kurang berkemampuan dengan memberikan sumbangan berbentuk barangan makanan.
Usaha murni ini melibatkan 50 buah keluarga di lapan buah komuniti perumahan Lembah Pantai iaitu Apartment Abdullah Hukum, Apartment Putra Ria, Program Perumahan Rakyat (PPR) Kg. Kerinchi, PPR Seri Anggerik, PPR Pantai Ria, PPR Kg. Limau, PPR Seri Cempaka dan Perumahan Awam Sri Pahang.
Sumbangan ini bukan sahaja dapat meringankan bebanan mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri, bahkan mendekatkan lagi TNB dengan kejiranannya.