JK Rowling akan menerbitkan 4 buku Harry potter e-buku.

ENGLAND – JK Rowling bakal mengeluarkan empat buku Harry Potter dalam bentuk e-Buku Jun ini.

Langkah itu diyakini memberi peluang kepada peminat sekual Harry Potter di seluruh dunia untuk selidik secara mendalam sejarah kekayaan dunia sihir.

Laman web Rowling iaitu Pottermore akan menerbitkan kisah cerita bukan fiksyen itu yang akan dizahirkan untuk semua perkara dari dunia ilmu sihir.

Setiap satu judul buku itu akan ditemakan sebagai pengajaran yang diperoleh di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.

Ia dipengaruhi pameran Perpustakaan British tentang Harry Potter.

Siri berkenaan akan mempunyai nama Harry Potter: A Journey Through adaptasi daripada buku audio Harry Potter” A History of Magic dan dipengaruhi nama paparan perpustakaan 2017.

Kenyataan dalam Laman Web Pottermore meminta peminatnya bersedia untuk meneroka dan menyelidik kekayaan sejarah ilmu sihir itu yang dicipta oleh JK Rowling.

“Sebagai tambahan meneroka asal magik menerusi sejarah, e-Buku berkenaan juga akan bercirikan nota. muka surat bermanuskrip dan lakaran menarik yang dilihat dalam Harry Potter: A History of Magic”.

Dua buku pertama Harry Potter akan dikeluarkan pada 27 Jun dan akan meneroka pertahanan menentang ilmu hitam termasuk posisi dan Herbologi.

Manakala buku ketiga dan keempat akan dilancarkan tidak lama lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast