A FedEx Express Boeing 737-45D (BDSF) OO-TNN aircraft is seen at the Chopin International Airport in Warsaw, Poland January 8, 2018. Picture taken on January 8, 2018. REUTERS/Kacper Pempel - RC16A57843B0

BEIJING (Reuters) – China akan melakukan siasatan sama ada FedEx Corp. telah melanggar hak undang-undang dan kepentingan pelanggannya.

Ia selepas gergasi telekomunikasi Huawei mendakwa barang yang sepatutnya diterima mereka telah dihantar ke alamat yang salah, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu.

Jumaat lalu, pembuat peralatan telekomunikasi terbesar dunia itu memberitahu Reuters yang mereka sedang menilai semula hubungan dengan FedEx.

Ini berikutan syarikat kurier itu didakwa sengaja menghantar dua bungkusan yang dialamatkan ke Huawei di Asia ke Amerika Syarikat dan cuba melakukan perkara yang serupa ke atas dua lagi bungkusan lain.

FedEx berkata, bungkusan-bungkusan tersebut tersalah alamat.

Tanpa mengulas lanjut, Xinhua hanya melaporkan FedEx sebagai berkata, bungkusan-bungkusan tersebut tidak dihantar ke alamat yang betul dan ia bukan berada di China.

Di tengah-tengah ketegangan di antara dua negara itu, Kementerian Perdagangan China pada Jumaat berkata, ia akan merangka satu senarai firma -firma asing “yang tidak bertanggung jawab” serta individu-individu yang membawa kerosakan kepada syarikat-syarikat China.

Kementerian itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang nama.

Bulan lepas, Washington meletakkan Huawei ke dalam senarai hitam dan menghalang syarikat-syarikat AS melakukan perniagaan dengan syarikat yang berpangkalan di Shenzen itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast