TOKYO – Rodrigo Duterte membuat pengakuan berani kepada media di sini yang beliau pernah menjadi seorang lelaki bersifat gay.
Pengakuan yang dibuat Presiden Filipina itu tidak dijangka dan mengejutkan ramai pihak.
Bagaimanapun katanya dia insaf setelah rawat oleh seorang wanita jelita.
Bercakap kepada komuniti Filipina yang bermastautin di Tokyo, pemimpin kontroversi itu berkata, dia kembali sebagai seorang ‘lelaki sejati’ sejurus selepas bertemu isteri pertamanya, Elizabeth Zimmerman.
Duterte juga mengecam salah seorang pengkritiknya Senator Antonio Trillanes IV yang didakwa merupakan seorang lelaki memiliki sepenuhnya sifat gay.
Kata Duterte, seseorang telah memaklumkannya bahawa cara pergerakan Trillanes seolah seorang homoseksual seperti yang dilaporkan sebuah agensi berita tempatan Filipina, Rappler.
“Apa yang baiknya ialah saya dan Trillanes lebih kurang membawa perwatakan sama.
Tetapi saya telah sembuh. Sewaktu saya dalam perhubungan dengan Zimmerman, saya cakap pada diri sendiri bahawa saya sudah kembali ke pangkuan sebagai seorang lelaki tulen,” katanya ke arah hadirin.
Beliau menamatkan ucapannya dengan menjemput beberapa wanita yang hadir untuk naik ke pentas dan mencium beliau.
“Pertama sekali kami perlulah bujang dan yang kedua kamu bukan bawah umur,” katanya seperti dipetik kata CNN Filipina.
Pemimpin berusia 71 tahun itu menuding jari ke arah empat wanita dan meminta mereka naik ke pentas beliau berdiri.
Isteri kedua beliau, Honeylet Avancena turut berada bersama beliau di atas pentas.
Dalam ucapan itu pemimpin itu sempat memberitahu isteri keduanya itu adalah satu-satunya wanita yang dicintainya dan setia bersamanya sehingga kini.
Walaupun suatu ketika dahulu beliau pernah menyokong hak LGBT, namun pada tahun 2017 beliau berkata, perkahwinan itu hanya boleh melibatkan lelaki dan wanita sahaja dan bukan sesama jenis.- MalaysiaGazette