TERKINI : Pegawai JPJ ‘MENYAMAR’ Dalam BAS!!! – Datuk Shaharuddin

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memeriksa sebanyak 34,595 buah kenderaan dan mengeluarkan 21,948 notis saman sepanjang Operasi Penguatkuasaan Hari Raya Aidilfitri (OPS HRA) setakat hari ini.

Daripada jumlah tersebut 36 saman telah dikeluarkan kepada pemandu bas ekspres yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya terutama melibatkan tata kelakuan semasa pemanduan.