Leroy Sane. Foto Eurosports.

MUNICH – Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness menyifatkan peluang kelab itu untuk mendapatkan pemain sayap, Lero Sane tidak berlaku.

Ini kerana harga yang diletakkan oleh Manchester City tidak masuk akal.

BeiN Sports melaporkan bidaan bernilai €80 juta daripada Bayern telah pun ditolak oleh Manchester City untuk pemain tersebut.

Masa depan Sane di Stadium Etihad mencetus spekulasi sejak beberapa bulan yang lalu.

Bayern dikatakan antara destinasi untuk pemain muda antarabangsa Jerman itu untuk memulakan kempen pada musim panas ini.

Bayernberminat untuk membawa Sane kembali ke Jerman selepas dua pemain veteran, Arjen Robben dan Franck Ribery meninggalkan Allianz Arena selepas tamat kempen musim lalu.

Sane menjaringkan 10 gol dan menghasilkan jumlah bantuan gol yang sama untuk membantu Manchester City mempertahankan kejuaraan liga pada musim lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast