MINNESOTA – Lelaki dipercayai sakit mental selepas bertindak mencampakkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari tingkat tiga dijatuhi hukuman penjara 19 tahun.

Agensi melaporkan, inisiden yang berlaku di sebuah pusat beli belah terkemuka di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) pada 12 April lalu telah mengejutkan umum selain mendapat pelbagai kecaman.

Kanak-kanak malang malang yang cedera parah sebelum dikejarkan ke hospital dan terpaksa membuat beberapa pendedahan kini semakin stabil malah telah mendapat simpati umu sehingga berjaya mengutip dana bantuan mencedah AS$1 juta (RM4.8 juta) dalam tempoh dua bulan.

Pejabat peguam daerah mendedahkan, Emmanuel Aranda, 24 dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Daerah Hennepin, selepas mengaku bersalah dengan perbuatan tersebut.

Dia mengaku bersalah atas cubaan membunuh darjah pertama jenayah yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Malah Armanda mengakui dirinya begitu’asyik’ mencari mangsa untuk dibunuh di pusat beli belah itu sebelum menangkap kanak-kanak yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Landen’ itu.

Sebelum ini, suspek pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan kecil malah pernah dikatakan mengalami masalah mental namun tidak diperbesarkan sehingga insiden ini.

Keluarga kanak-kanak tersebut dalam satu kenyataan melahirkan rasa syukur dan mendedahkan tidak akan sesekali berdendam dengan Aranda walaupun apa yang dilakukan olehnya adalah satu perbuatan kejam.

“Apa yang anda lakukan terhadap anak kami adalah sangat kejam apatah lagi dia masih lagi sangat kecil. Anda telah berikan dia kesakitan yang amat sangat dan kami juga berharap anda akan mengalami sakit sama bagi memahami sendiri apa yang dilaluinya.

“Kamu patut diberikan hukuman yang paling tegas dan maksimum agar tahu perbuatan ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sebegitu sahaja.

“Kita tidak menghakimi atau membenci anda, sebaliknya saya penuh dengan kasih sayang Tuhan dan menyaksikan sendiri keajaiban apabila anak kami sembuh di depan mata,” kata kenyataan tersebut.

Becky ArandaIbu bapa Landen mendedahkan, kanak-kanak itu patah tulang selain kecderaan serius di kepala selepas dicampak dari tingkat tingkat bangunan tinggi pusat beli belah tersebut malah dia masih hidup lagi dengan semangat juang tinggi.

Ibu Aranda, Becky yang juga hadir ketika keputusan dibacakan tidak mengatakan apa-apa selain memohon maaf atas apa yang menimpa Landen kerana perbuatan anak lelakinya itu.

Melalui kempen GoFundMe yang dilacarkan sejurus selepas kanak-kanak itu kritikal, rata-rata rakyat AS yang begitu bersimpati dengan nasib malangnya mula menderma dari pelusuk tempat sehingga mencecah angka juta. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast