KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu dua ‘samseng jalan raya’ yang bertindak mengugut seorang pengguna jalan raya di Lebuh Raya Pasir Gudang dengan bersenjatakan parang.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd, satu siasatan di Ibu Pejabat Polisi Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah dijalankan berhubung kejadian itu.

“Kita ambil maklum berhubung kejadian itu dan polis JBS sedang menjalankan siasatan, kerana tindakan suspek merupakan pembuli jalan raya.

“Kita yakin akan dapat mengesan suspek dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Malaysia Gazette sebelum ini melaporkan tukar satu video berdurasi 1 minit 24 saat menunjukkan dua lelaki keluar daripada kereta dan menghentak sebuah kereta ketika jalanraya sesak petang semalam.

Malah salah seorang daripada mere Ka turut menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pengguna jalan raya.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek berikutan tidak diberikan laluan untuk memotong laluan. -MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/04/lagi-video-samseng-jalan-raya-dirakam/