TOKYO – Presiden Rodrigo Duterte mendakwa beliau pernah menjadi seorang gay tetapi pulih selepas bertemu dengan bekas isterinya.
“Siapa gay di sini? Saya pernah menjadi gay. Seorang gay boleh mengetahui dan mengenal pasti gay yang lain” katanya di hadapan ekspatriat Filipina di Tokyo.
Duterte membuat kenyataan itu apabila ia cuba menempelak salah seorang pengkritiknya, Antonia Trullanes IV dengan mempersoalkan seksualiti Senator Filipina itu.
“Sekarang saya tanya anda, apa yang fikir tentang Trillanes,” tanya beliau kepada audiens.
“Gay,” jawab audiens.
“Trillanes dan saya sama. But yang baiknya saya sudah pulih,” ujar Duterte.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi dengan media, Trillanes berkata: “Dengan mengakui pengalaman lampau gay, saya mula curiga tentang kebenaran Duterte yang obses terhadap saya”. – MalaysiaGazette