Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris.

KUALA LUMPUR – Perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencehahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu menggantikan Datuk Shukri Abdull membuktikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menghormati ‘rules of law’.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, terdapat beberapa persoalan penting yang perlu diketengahkan berkaitan ketelusan, akauntabiliti dan nilai demokrasi yang selama ini dijunjung oleh PH.

Beliau yang Sekretariat Profeisonal Muda Pemuda UMNO menegaskan, pertama sekali perlantikan Latheefa adalah bukti terbesar bahawa kerajaan PH telah mencemarkan prinsip demokrasi yang selama ini menjadi prinsip negara.

“SPRM sebagai entiti tunggal pencegahan rasuah di Malaysia, bidang kuasa perundangan SPRM di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah khusus untuk menyiasat dan mencegah sebarang bentuk perlakuan rasuah serta salah guna kuasa.

“Pada masa yang sama, agensi ini adalah bebas daripada mana-mana pengaruh politik untuk memastikan keberkesanannya.

“Kerajaan PH menggunakan retorik demokrasi dan reformasi institusi untuk menipu rakyat dalam memperoleh sokongan.

“Tindakan PH pada hari ini adalah bertentangan dengan elemen demokrasi di mana agensi penyiasatan telah dipengaruhi oleh faktor politik untuk kepentingan parti mereka,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Najmil Faiz menambah, Kerajaan PH bukan sahaja gagal dalam menunaikan manifesto, malah merosakkan institusi pentadbiran yang selama ini menjadi element check and balance dalam pentadbiran Malaysia.

Menurutnya, pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah petunjuk utama bahawa kerajaan PH menggunakan agensi kerajaan untuk salah guna kuasa dalam melemahkan pengaruh UMNO-PAS yang semakin mendapat sokongan rakyat.

“Sepanjang pentadbiran kerajaan BN, tiada pengaruh politik dalam agensi kerajaan terutamanya dalam bidang kuasa pencegahan rasuah dan sebagainya.

“Tiada lagikah golongan profesional untuk mengetuai SPRM yang tiada kaitan dengan parti politik? Sayang sekali antara agensi terpenting dalam negara telah diketuai oleh seorang peguam liberal kelahiran Kerala, India.

“Hari ini sedikit demi sedikit pengaruh liberal telah mendapat tapak di negara kita yang aman makmur ini. Apakah lagi selepas ini?” soalnya lagi. – MalaysiaGazette