BRASILLIA – Kem Brazil menerima tamparan menjelang kejohanan Copa America apabila bintang sensasinya, Neymar mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan menentang Qatar awal pagi tadi.
Neymar mengalami kecederaan di ligamen pergelangan kaki sebelah kanan.
Dia kelihatan menangis ketika dibawa keluar kerana sedar peluang untuk beraksi dalam Copa America sudah berakhir.
Neymar hanya sempat beraksi 20 minit dalam aksi yang dijadikan sebagai pemanas badan sebelum sepak mula kejohanan berprestij itu bulan ini.
Sebelum perlawanan menentang Qatar, bintang PSG itu juga mengalami kecederaan ringan di pusat latihan.
Insiden sama itu mengimbas kembali kecederaan menimpa Neymar sebelum berjaya pulih dan cergas untuk aksi Piala Dunia 2018. – MalaysiaGazette