LONDON – Ibarat sudah berpatah arang, Manchester United sanggup membayar David De Gea sebanyak £20 juta sekiranya dia mahu berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini.
The Sun melaporkan, imbuhan itu dianggap sebagai ‘golden handshake’ bagi membolehkan pemain Sepanyol itu dilepaskan lebih awal daripada menunggu kontraknya tamat di United pada tahun depan.
Sebelum ini, Red Devils dikatakan menerima sebarang tawaran di atas £60 juta daripada juara Ligue 1 Perancis itu.
Penjaga gol berusia 28 tahun itu berhasrat untuk menamatkan kontrak tahun terakhirnya dan memilih mana-mana kelab yang berminat dengannya pada musim panas ini.
De Gea dikaitkan ke PSG sebelum ini dan spekulasi itu bakal menjadi kenyataan selepas Gianluigi Buffon tidak akan bersama kelab gergasi Perancis itu pada musim depan.
Namun apa yang mengejutkan pemburuan PSG tidak melibatkan pDe Gea, sebaliknya penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas apabila rundingan sedang dijalankan. – MalaysiaGazette