KUALA LUMPUR – Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat sebanyak 4.0 peratus pada bulan April 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan pada bulan April 2019 dipacu oleh peningkatan dalam semua indeks – elektrik (5.8%), pembuatan (4.3%) dan perlombongan (2.3%).

Output sektor pembuatan meningkat sebanyak 4.3 peratus pada bulan April 2019 berbanding bulan April 2018 selepas mencatatkan pertumbuhan 4.1 peratus pada bulan Mac 2019.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, subsektor utama yang mencatatkan peningkatan pada bulan April 2019 adalah produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (7.2%), produk peralatan elektrik dan elektronik (4.1%) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.6%).

Output sektor perlombongan mencatatkan peningkatan sebanyak 2.3 peratus pada bulan April 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, yang mana merupakan pertumbuhan tertinggi sejak September 2017.

Pertumbuhan ini disumbangkan oleh Indeks Gas Asli (6.1%), manakala Indeks Minyak Mentah menyusut sebanyak 1.9 peratus.

Menurutnya, output sektor elektrik tumbuh sebanyak 5.8 peratus pada bulan April 2019 berbanding bulan April 2018.

IPP Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2019 merekodkan pertumbuhan sebanyak 3.0 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan ini disumbangkan oleh pertumbuhan dalam sektor elektrik (5.8%) dan sektor pembuatan (4.1%).

Sementara itu, sektor perlombongan menyusut sebanyak 0.9 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast