KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin meminta rakyat Malaysia ‘mengalihkan pandangan’ daripada berita-berita tidak bermoral membabitkan politik
Katanya, perkara-perkara yang menjijikkan akan memuncak jika ia diberi perhatian.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, politik adalah kerjaya yang sukar.
“Ada kalanya kotor. Ada kala betul-betul kotor. Hari ini ia sangat busuk,” katanya menerusi Instagram Story hari ini.
Beliau dipercayai membuat kenyataan itu susulan penularan beberapa gambar dan video lucah membabitkan seorang menteri kanan Kabinet dan seorang lelaki, semalam.
Kes itu menjadi semakin ‘panas’ apabila lelaki berkenaan tampil mengaku dialah individu yang bersama seorang menteri.
Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin mengaku video yang tular itu dirakam pada 11 Mei lalu, di Hotel Four, Sandakan, Sabah.
Ketika itu berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Sandakan. – MalaysiaGazette