Haziq Abdullah Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Selepas Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham membuat laporan polis isu video intim yang tular nampaknya Muhammad Haziq Abdullah Abdul Aziz juga melakukan perkara yang sama.

Individu yang membuat pengakuan beliau merupakan individu bersama Mohamed Azmin dalam video berkenaan menyangkal tohmahan yang dibuat Hilman dan pelbagai pihak terhadapnya.

“Saya Haziq Abdullah Abdul Aziz. Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk menyangkal segala tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh netizen, cybertroppers, YB Hilman Idham dan yang lain.

“Saya dituduh mempunyai agenda politik oleh Perdana Menteri selepas membuat pengakuan bersumpah,” katanya dalam laporan polis yang dibuat.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik di Facebook, Muhammad Haziq membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya dekat sini hari ini.

HaziqMuhammad Haziq yang telah digantung serta-merta sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama itu sekali lagi mendakwa rakaman video yang disebarkan sebelum ini bukan hubungan intim yang pertamanya dengan Mohamed Azmin.

Beliau turut mendakwa Timbalan Presiden PKR itu menghantar setiausaha politiknya, Hilman sebelum ini untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Putrajaya untuk berbohong bahawa individu dalam video adalah mereka berdua. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast