KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan tidak akan mengesktradisi Zakir Naik bukti ketegasan Perdana Menteri.
Ketua Pegawai Operasi One Centre Malaysia, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berkata, ia sejajar dengan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan yang memelihara agama berkenaan.
“Pendirian tegas ini sekaligus melambangkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak tunduk dengan kezaliman dan penindasan di India,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum itu, Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus menjamin keselamatan pendakwah antarabangsa itu di Malaysia.
Muhammad Zamri berkata, dakwaan kerajaan India kononnya Zakir terlibat dengan aktiviti keganasan dan penngubahan wang haram hanya satu tuduhan tidak berasas.
“Kami juga yakin sekiranya Zakir diesktradisi ke India, beliau tidak akan mendapat hak dn layanan yang adil daripada kerajaan India,” katanya lagi.- MalaysiaGazette