Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap kepada media pada Majlis Menandatangani Cadangan Bersama Venture antara Power China Group, Paragon Pinnacle Sdn Bhd dan Eco World Development Group Sdn Bhd di Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas ketika ditanya mengenai video intim mirip seorang menteri kanan yang tular awal minggu ini.

“Saya hadir ke sini adalah untuk menyaksikan kerjasama di antara Eco World (Development Group Bhd.) dengan PowerChina Group.

“Apa-apa soalan berkenaan mengenai projek ini saya boleh jawab,” katanya yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita hari ini.

Setakat ini tiada seorang pun sama ada dari pimpinan parti DAP mahupun anggotanya yang mengulas mengenai video berkenaan.

Selasa lalu, beberapa keping gambar dan video intim mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan seorang lelaki telah terbesar.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan terlibat di dalam video tersebut namun Ketua AMK PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah mengakui dirinya dan Timbalan Presiden PKR adalah individu dalam video berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast