Gambar menunjukkan menara tertinggi di bandar purba Ghazni runtuh. foto Agensi

KABUL – Sebuah menara purba di bandar Ghazni runtuh menyebabkan orang awam mempersoalkan tindakan kerajaan dalam melindungi artifak negara,

Menara itu merupakan antara berpuluh-puluh bangunan yang musnah di bandar tersebut.

Pihak berkuasa pula menyalahkan hujan lebat sebagai punca keruntuhan menara berkenaan.

Mohammad Saber Mohmand, jurucakap Kementerian Maklumat dan Budaya memberitahu Tolo News bahawa kubu itu terdedah kepada hujan dan kebanyakannya rosak akibat hujan.

purba

Menara tertinggi di bandar Ghazani sebelum runtuh. foto Agensi”Lebuh raya utama terletak berhampiran kubu, juga menjejaskan menara,” katanya.

Seni bina Islam dan pra-Islam Ghazni amat dikagumi walaupun berlaku peperangan di situ.

Ghazni adalah pusat Buddha yang berkembang hingga abad ke-7. Tetapi pada 683 Anno Domini tentera Arab membawa Islam ke rantau ini.

Pada abad ke-13, ia dimusnahkan oleh tentera Mongol Genghis Khan, yang dipimpin oleh anaknya, Ogedei Khan.

Bandar purba telah dijadikan sebagai sebuah bandar raya Islam Asia oleh Pertubuhan Kerjasama Islam.

Walau bagaimanapun, banyak bangunan kuno di bandar itu telah menjadi sukar bagi orang luar untuk melawat kerana pemberontakan Taliban. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast