Dua kapal minyak yang terbakar di Teluk Oman. foto Agensi

TEHRAN – Iran menafikan dakwaan Amerika Syarikat bahawa negara itu menjadi dalang di sebalik serangan dua kapal minyak di Teluk Oman.

Malah, Tehran mendakwa tuduhan Amerika Syarikat itu tidak berasas.

Semalam, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo menuduh Iran melakukan ‘serangan tanpa provokasi’ dan mendakwa tuduhan tersebut berdasarkan penilaian perisikan ke atas jenis senjata yang digunakan.

Dalam kenyataan kepada BBC, seorang jurucakap berkata, Iran tidak ada kaitan dengan letupan-letupan tersebut.

Kejadian itu menyebabkan berpuluh-puluh kru kapal diselamatkan selepas kapal milik Kokuka Courageous milik Jepun dan Front Altair, dipunyai syarikat Norway diserang.

Iran dan Amerika Syarikat mendakwa terlibat dalam menyelamatkan anak-anak kapal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata: “Iran secara mutlak menolak dakwaan Amerika Syarikat yang tidak berasas berkenaan dengan kejadian kapal tangki minyak pada 13 Jun dan mengutuknya dalam istilah yang paling kuat.”

Ledakan di salah satu laluan minyak paling sibuk di dunia itu muncul selepas sebulan selepas empat kapal tangki minyak diserang dari Emiriah Arab Bersatu.

Tidak ada kumpulan atau negara yang mengakui terbabit dalam peristiwa pada bulan Mei itu.

Amerika Syarikat telah menunding jari ke atas Iran berhubung kejadiaan tersebut, namun Tehrah menafikannya.

Teluk Oman terletak di salah satu hujung Selat Hormuz yang strategik – lorong perkapalan penting yang melalui ratusan juta dolar pasir minyak. – MalaysiaGazette