KUALA LUMPUR – Tiga sekeluarga ditahan bagi membantu siasatan kes mendera dan memukul dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan berusia tujuh dan lapan tahun di sebuah rumah di Pusat Bandar Puchong, Serdang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata, susulan laporan yang diterima, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar gas berusia 33 tahun bersama isteri dan anak perempuannya, masing-masing berusia 30 dan 13 tahun.

Kedua-dua mangsa mengalami kesan dera hampir di seluruh badan selain dipercayai mengalami kurang zat badan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang.

Ismadi berkata, pemeriksaan lanjut di rumah menemui satu cota, satu garpu perak dan satu paip getah keras yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Menurutnya, permohonan reman untuk ketiga-tiga suspek akan dilakukan esok di Mahkamah Petaling Jaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast