KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd akan menggunakan pesawat yang lebih besar pada masa depan dengan menukar tempahan 250 buah pesawat Airbus, A320 neo kepada A321 neo.

Berikutan penukaran tempahan itu, syarikat penerbangan tambang murah tersebut bakal menjadi pelanggan pesawat A321 neo terbesar dunia.

Pesawat yang tujuh meter lebih panjang itu mampu membawa sehingga 240 penumpang berbanding A320 yang membawa 186 penumpang.

Malah pesawat A321 neo mampu terbang lebih jauh iaitu 4,000 batu nautika (7,408 kilometer ) berbanding keupayaan A320 sejauh 3,300 batu nautika (6,150 kilometer).

Pengerusi Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pesawat A321 neo akan menjadi tulang belakang operasi syarikat ketika ia terus berkembang untuk memenuhi pertumbuhan permintaan pengembaraan di Asia.

“Kami berbangga menjadi pelanggan terbesar A321 neo,” katanya dalam kenyataan.

AirAsia telah menempah 592 pesawat A320 dan berikutan keputusan untuk mengubah tempahan, syarikat penerbangan itu akan menempah 353 pesawat A321 neo.

Kini AirAsia beroperasi dengan menggunakan pesawat A320 di habnya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun.

Pesawat yang dilenglapi dengan eniin generasi baharu dan sharklet di sayapnya mampu mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 15 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast