UKRAINE- Penyiasat antarabangsa mengesyaki empat lelaki bertanggungjawab menembak pesawat Malaysia, MH17 dan akan didakwa atas kesalahan membunuh.
Keempat-empatnya ialah warga Rusia, Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov. Seorang lagi warga Ukranie, Leonid Kharchenko.
Kesemua tertuduh puak pemisah yang dikatakan mendapat sokongan Moscow di selatan Ukraine semasa peristiwa pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu pada tahun 2014.
Pesawat MH17 ditembak itu mengakibatkan kematian seramai 298 penumpang dan kejadian itu mengemparkan dunia, menurut laporan Daily Mail.
Pendakwa kes berkenaan, Fred Westerbeke berkata, perbicaraan akan bermula Mac tahun depan tetapi tidak usaha untuk mengesktradisinya dan bermakna perbicaraan diadakan tanpa kehadiran keempat-empat tertuduh.
Girkin merupakan bekas kolonel perisikan Rusia manakala Dubinsky bekas menteri dari Rusia, Pulatov pula bekas askar Rusia dari unit khas manakala Kharchenki pula adalah puak pemisah Ukraine.-MalaysiaGazette