MADRID – Bintang sensasi, Neymar berhasrat meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas dua musim bersama kelab itu.
Media di Sepanyol melaporkan, penyerang antarabangsa Brazil itu mahu kembali bersama Barcelona.
Mundo Deportivo mendakwa, Neymar kini berada pada peluang terbaik untuk kembali ke Camp Nou bagi bergandingan semula dengan Lionel Messi dan Luis Suarez.
Neymar dikatakan telah menghantar mesej kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.
“Saya mahu pulang semula ke rumah saya” yang merujuk kepada Barcelona,” tulisnya.
Neymar menandatangani kontrak lima tahun semasa menyertai PSG dengan nilai 200 juta pound (RM1.06 bilion) pada 2017 namun sedang bergelut dengan kecederaan dan prestasi. – MalaysiaGazette