PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kuasa menyiasat penyebaran video lucah mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Oleh itu, katanya, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jelas tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat motif penyebaran malah tidak mempunyai kuasa untuk melangkaui bidang kuasa pihak berkuasa.