Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mengambil cuti sementara siasatan terhadap video intim yang dikaitkan dengan dirinyanya sedang dilakukan pihak berkuasa.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberitahu, siasatan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak akan terjejas sekiranya Azmin masih bertugas dalam Kabinet.
“Mengapa? Mereka (polis) boleh teruskan (siasatan). Dia (Azmin) tidak akan menjadi gangguan kepada siasatan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.