KUALA LUMPUR – Syarikat penarafan kredit antarabangsa, Moody’s hari ini telah menurunkan penarafan Petronas.

Ia diturunkan dari A1 kepada A2 menurut laporannya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah memberi amaran kepada kerajaan Pakatan Harapan mengenai kemungkinan itu pada tahun lepas.

“Tahun lepas, saya telah memberi amaran tentang ini apabila PH meningkatkan ketergantungan kerajaan kepada hasil minyak kepada tahap yang tinggi dan setelah mereka menjarah RM82 bilion dari Petronas.

“Masa itu, syarikat penarafan kredit serta-merta turunkan prospek kredit Petronas kepada negatif,” katanya dalam media sosialnya malam ini.

Bagaimanapun, katanya, Tony Pua membidasnya dan mendakwa hanya penurunan prospek Petronas bukan penurunan penarafan.

Malangnya untuk Tony, kata Najib, penarafan kredit Petronas benar-benar diturunkan hari ini atas sebab-sebab yang dinyatakan.

“Ini bermakna kos pinjaman untuk Petronas akan meningkat. Begitu juga untuk kos pinjaman kerajaan.

“Saya percaya PH masih terus menjarah dari Petronas untuk tahun ini,” katanya.

Itu mungkin antara sebab Moody’s dengan rasminya telah turunkan penarafan kredit Petronasu hari ini, kata Najib.

“Kita tengok berapa mereka angkat apabila PETRONAS mengeluarkan laporan tahunan 2019 mereka pada awal tahun 2020,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast