Di negara-negara maju, ujian poligraf telah digunakan dengan meluas di semua bidang termasuk digunakan dalam mahkamah.-pix hiasan

KUALA LUMPUR – Cabar Azmin, Haziq menjalani ujian poligraf.

Itu penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut video seks luar tabie melibatkan Haziq Abdul Aziz dan juga mmengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sedang kecoh ketika ini.

Ramai pihak yang kelihatannya bertindak, memberikan respon tindakbalas, menjanjikan akan melakukan siasatan, mengambil tindakan saman menyaman dan sebagainya.

Namun semua itu tidak akan menjadi apa-apa dan tidak akan ke mana – sama seperti kes-kes seumpamanya sebelum ini.

Demikian menurut seorang penganalisis bebas dan pakar matematik gunaan, Abdul Hamid Yeop Zainuddin.

Menurutnya jika semua pihak jujur bukan untuk mempolitikkan isu itu atau tidak mahu menjadikannya sebagai fitnah – maka semua pihak yang terlibat digesa untuk menjalani ujian bohong, atau ujian poligraf.

POLIGRAF

Ketika ini, katanya, ujian poligraf adalah satu-satunya cara yang terbukti secara saintifik dan agama seperti terkandung dalam al-Quran untuk melawan dan mematikan hasutan pembohongan dan fitnah.

“Bersumpah kosong dengan mulut tidak membuktikan apa-apa melainkan lakonan sahaja.

“Misalnya melalui ujian ini dengan mudah dapat ditentusahkan adakah benar Haziq dan Mohamed Azmin dalam video itu, adakah mereka melakukan seks luar tabie ketika rakaman itu,” ujarnya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Malah menurut Abdul Hamid, ia boleh juga diketahui sama ada mereka pernah melakukannya dengan orang lain pada bila-bila masa dan ditempat lain.

Dalam pada itu, katanya, ujian yang sama boleh dilakukan terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang sebelum ini didakwa terlibat dalam pakatan menyediakan video berkenaan.

“Buat ujian bohong terhadap Lokman bagi menentusahkannya. Beliau telah pun ditangkap dan direman tetapi adakah polis telah melakukan ujian poligraf terhadapnya? Rasanya tidak.

“Tindakan susulan pihak berkuasa berkenaan seperti PDRM, SPRM, SKM, JAKIM, parti dan sebagainya boleh dilakukan berdasarkan keputusan ujian bohong ini,” katanya lagi.

MGF30062018_Temubual Eksklusif_06
Penganalisis bebas, Abdul Hamid Bin Yeop Zainuddin

Keputusan ujian itu juga tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun berdasarkan tiga sebab utama.

ISLAM

Pertama, dari sudut agama Islam dan al-Quran, telah diberitahu apabila mulut berbohong semua anggota badan lainnya akan mencakapkan kebenarannya.

“Bagi orang awam mereka tidak tahu bagaimana hendak membaca mendengar dan mentafsirkan apa yang ‘dicakapkan’ oleh anggota badan lain.

“Sebab itulah dicipta mesin berkomputer yang memudahkan bagi mendengar merakam dan mentafsirkan apa yang dicakapkan itu. Misalnya bila mulut berbohong denyutan jantung tekanan darah atau denyutan nadi berubah, kulit akan mengeluarkan peluh, aliran darah dimuka (warna muka) akan berubah dan sebagainya.

Hamid juga mengingatkan bahawa bagi orang Islam, sesiapa yang menolak ujian bohong atau poligraf ditakuti mereka menjadi murtad.

Ulama sepakat bahawa untuk murtad tak perlu menolak seluruh ayat al-Quran, cukup dengan hanya menolak satu ayatnya sahaja, katanya.

MACHINE NEVER LIES

Kedua, menurut Hamid, mesin tidak pernah berbohong.

Machine never lies.Kehidupan kita hari ini bergantung kepada mesin malah jantung pun dah digantikan dengan mesin pace maker.

“Semua kita percaya pada mesin. Jika mesin kata jantung kita lemah kena masuk ICU adakah anda akan menolaknya?

“Begitulah juga dengan mesin berkomputer yang direkacipta khusus bagi tujuan ujian poligraf, lie detecter. Ia tidak pernah berbohong melaporkan apa yang ‘dibaca atau didengarnya,” katanya.

Ketiga, menurut Hamid, ujian poligraf mesti dijalankan oleh penguji yang diiktiraf dan bertauliah.

“Bukan sesiapa sahaja atau mana-mana orang atau juruteknik atau yang mengaku tahu mengenainya boleh menjalankannya,” katanya.

Penguji bertauliah itu dipanggil certified poligrafer yang mesti berdaftar dan masih sah seperti yang diijazah dan disahkan oleh Maryland Institute of Criminal Justice.

“Setiap orang mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Sebab itulah certified poligrapher ini membuat talaan kalibrasi atau tuning mengikut orang itu.

“Jadi jika ada orang yang kononnya mengajar bagaimana untuk menipu mesin ini tidak akan menjadi. Malah mesin merakamkan pula cubaan menipu orang itu,” tambahnya.

NEGARA MAJU

Di negara-negara maju, ujian poligraf telah digunakan dengan meluas di semua bidang termasuk digunakan dalam mahkamah.

Ia digunakan bagi tapisan untuk mengambil pekerja, kakitangan kerajaan, menyelesaikan banyak kes-kes mahkamah yang tertunggak dan sebagainya.

“Malah banduan yang telah dipenjara berpuluh-puluh tahun pun akhirnya dibebaskan setelah dibuktikan tidak bersalah,” kata Hamid.

Beliau berkata, ujian poligraf salah satu rahsia kenapa negara-negara berkenaan amat rendah kadar rasuah dan jenayah kolar putihnya termasuklah misalnya di negara jiran terdekat kita.

Hamid dalam masa yang sama mempersoalkan kenapakah kerajaan Pakatan Harapan yang diuar-uarkan hendak menjadikan negara ini bebas rasuah dan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 masih tidak mahu menggunakan teknologi berkenaan sedangkan teknologi itu mampu membantu menjadikan pentadbiran negara bersih jujur dan amanah serta bebas rasuah.

Menurut Abdul Hamid, ada ramai pihak yang boleh menjalankan ujian poligraf ini termasuk agensi kerajaan dan orang persendirian yang bertauliah di negara ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast