KUALA LUMPUR – Tindakan saman terhadap Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz hanya boleh dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, terletak kepada kemahuan Azmin sekiranya mahu memulakan tindakan undang-undang terhadap Haziq atas dakwaan memfitnah Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, minggu lalu.