Matthijs de Ligt

THE HAGUE – Gergasi bola sepak Itali, Juventus sanggup menyediakan dana lebih 70 juta euro (RM330 juta) untuk mendapatkan kapten Ajax Amsterdam, Matthijs de Ligt.

Akhbar, De Telegraaf melaporkan, bek tengah berusia 19 tahun itu ditawarkan kontrak yang cukup menarik selain berpeluang berganding dengan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Tawaran itu juga bagi menepis usaha gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) yang cuba dibuat ke atas tonggak pertahanan Belanda itu.

Spekulasi De Ligt akan ke Juventus mula tersebar selepas kamera televisyen merakamkan pemain itu berbual dengan Ronaldo sejurus selepas Portugal mengalahkan Belanda 1-0 dalam final Liga Negara-Negara, awal bulan ini.

Dia ditanya oleh penyiar Belanda, NOS sama ada Ronaldo ada bertanya kepadanya tentang perpindahan ke Juventus.

“Saya tidak faham apa yang cuba disampaikan pada mula, saya sedikit terkejut dan hanya ketawa,” kata De Light.

Sekirannya memilih untuk menyertai Juventus, De Ligt dijangka menerima pendapatan antara 15 hingga 20 juta euro (RM71 hingga 95 juta euro). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast