Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya masih memproses permintaan pemain industri klinikal yang mahu menggunakan Naltrexone sebagai antidot.

Menurut beliau, beberapa kajian menyeluruh mengenai kesan dan kebaikan bahan itu diperlukan pihaknya bagi meluluskan penggunaan Naltrexone.

“Permintaan itu sedang kami proses dan akan kami perhatikan dari sudut peraturan untuk jadikan ia sah dalam bidang kesihatan. Daripada jabatan kajian akan memerhatikan perkara ini dari sudut penggunaan klinikal di Malaysia.

“Dalam waktu terdekat kita akan buat kajian untuk kita dapat gunakan Naltrexone di samping Metadon. Ia adalah untuk ketagihan opioid yang sama kelasnya dengan Metadon,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Dalan Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Mesyuarat Bersama Delegasi Menteri Kesihatan mengenai Anti Dadah di Kompleks D, Putrajaya, hari ini.

Naltrexone didapati berfungsi untuk merawat kebergantungan opioid, ketagihan opioid, ketagihan alkohol kronik serta masalah-masalah lain.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, berkata, satu kertas cadangan model nyah-diskriminasi penggunaan dadah berbahaya akan dilancarkan kepada umum pada 26 Jun ini.

Cadangan itu bakal menjadikan penyalahgunaan dadah sebagai bukan kesalahan jenayah dengan memperkenalkan pengunaan ubat jenis naltrexone, dadah jenis baharu yang mampu merawat pelbagai ketagihan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast