Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengurangkan kebergantungan kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menampung perbelanjaan pengurusan jika mahu mengembalikan penarafan syarikat itu kepada A1.

Petronas juga perlu diberi peluang untuk menggunakan hasilnya meneroka rizab baharu,

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yakin jika wang Petronas tidak dijarah, syarikat minyak itu akan terus melebarkan sayap dan menjadi firma minyak dan gas terkemuka di peringkat antarabangsa.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan, Shahir Adnan berkata, Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya bernasib baik kerana Petronas diurus tadbir oleh pasukan pengurusan berkebolehan dan para pekerja berdedikasi dan berpengetahuan tinggi.

Keadaan juga agak baik kerana harga minyak dunia bertambah pulih, tidak seperti tiga atau empat tahun lalu.

Shahir berkata, Moody’ telah memberi amaran awal pada bulan November 2018 apabila prospek Petronas diturunkan daripada stabil kepada negatif meskipun penarafan masih A1.

“Ketika itu, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan analisis Moody’s dengan berpendapat agensi penarafan itu tidak adil dalam
memberikan penilaian.

“Seperti tidak dapat menerima realiti, bagaimanakah penarafan dan prospek boleh dikekalkan jika pendapatan Petronas dijarah dengan teruk. Petronas membayar dividen sebanyak RM26 billion pada tahun 2018 dan RM54 billion pada tahun 2019 (termasuk one-off dividen istimewa sebanyak MY30 billion).

“Ini bermakna, sejak Pakatan Harapan memerintah negara, sebanyak RM80 billion telah dijarah oleh mereka. RM80 billion ini merupakan satu angka yang sangat besar.

“Kerajaan mampu membina 8 Menara Berkembar Petronas dengan jumlah besar tersebut atau 6 buah lapangan terbang antarabangsa KLIA. Bayangkan beban kewangan yang ditanggung oleh Petronas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel berkaitan:Penilaian Moody’s tidak semestinya betul, Tun yakin pada Petronas

Penarafan Petronas jatuh, rekod baru dicipta PH

Petronas tegaskan asas kukuh kekal walaupun penarafan diturunkan Moody’s

Moody’s turunkan penarafan Petronas

Meskipun begitu, tambah Shahir, walaupun Petronas menunjukkan asas yang kukuh dan terus mengekalkan kedudukan mudah tunai yang dapat menyokong pembayaran dividen, permintaan akan datang daripada kerajaan Pakatan Harapan, terutama jika terdapat peningkatan dalam keperluan memenuhi tuntutan dana kerajaan, tidak dapat diabaikan.

Oleh yang demikian, Petronas seharusnya diberikan ruang dari sudut dana kewangan untuk meneroka kawasan-kawasan minyak dan gas lain di dunia demi menambah rizab baru.

Apatah lagi, penerokaan minyak dan gas yang makin mencabar memerlukan dana kewangan yang kukuh.

Hari ini, penerokaan melibatkan sumber takungan yang kompleks seperti takungan minyak dan gas bertekanan tinggi dan bersuhu tinggi dan ia melibatkan sumber takungan yang berada di lokasi laut dalam serta melibatkan takungan yang mengandungi gas karbon dioksida yang tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast