MONTREAL – Bombardier Inc akan menjual kesemua perniagaan pesawat komersialnya yang rugi kepada Mitsubishi Heavy Industries Ltd. (MHI) pada harga AS$550 juta tunai.

Ini sekali gus menandakan pembuat pesawat dan tren dari Kanada itu mengakhiri penglibatannya dalam pasaran penerbangan komersial.

Bombardier berhasrat untuk memberi fokus kepada perniagaan pesawat dan tren penumpang yang menyumbang keuntungan kepada syarikat selepas menjual perniagaan pesawat komersialnya kepada MHI.

Syarikat tersebut berhadapan dengan masalah aliran tunai pada tahun 2015 selepas memperkenalkan pesawat berbadan tirus  lebih besar dalam pasaran.

Menurut Bombardier, urus niaga yang selesai pada jam 1030 GMT pada Selasa itu dijangka dimuktamadkan pada separuh pertama tahun lepas.

Di bawah perjanjian berkenaan, MHI akan mengambil alih liabiliti syarikat berjumlah AS$200 juta tetapi firma Jepun itu bakal menerima faedah daripada struktur pembiayaan Bombardier yang dicipta untuk menyokong pajakan pesawat bernilai AS$180 juta.

Ketua Eksekutif Bombardier, Alain Bellemare dalam satu temubual berkata, sebahagian daripada hasil yang dijana daripada penjualan aset berkenaan akan digunakan untuk mengurangkan hutang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast