KUALA LUMPUR -Penyambungan bekalan elektrik di 113 buah sekolah di Sarawak hanya boleh dibuat sekiranya isu yang berbangkit dalam kalangan pihak yang berkepentingan dapat dimuktamadkan.

Kesemua sekolah seperti yang dilaporkan Dayakdaily.com baru-baru ini, antara 369 yang sepatutnya menerima bekalan elektrik di bawah kendalian Jepak Holdings Sdn Bhd (JHSB).

“Persetujuan dengan JHSB telah dicapai bagi membolehkan sekolah-sekolah berdekatan dengan grid dibuat penyambungan ke bekalan elektrik awam.

“Perbincangan dengan kerajaan negeri Sarawak telah dibuat untuk membantu sekolah-sekolah berkenaan disambung ke grid. Sehingga kini perkara tersebut dalam penelitian,” kata kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Justeru, KPM memberi jaminan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak bagi memastikan 113 sekolah mendapat bekalan elektrik awam.

Dayakdaily pada 24 Jun yang lalu melaporkan bahawa sebanyak 113 buah sekolah di Sarawak masih tidak mendapat bekalan elektrik. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast